13/04/2012 Kenali sahabatmu..





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. telah ebrsabda,maksudnya : ‘Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya.Maka,salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat.”
(Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)


Kisah Abu Hurairah
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan bahawa Abu Hurairah mempunyai seorang ibu yang masih kafir.Beliau sentiasa berusaha mengajaknya untuk memeluk Islam.Suatu hari,ketika sedang berdakwah kepada ibunya tentang Islam,si ibu menyebutkan suatu perkataan yang tidak elok tentang Rasulullah s.a.w. Beliau berasa tersinggung lalu keluar bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan menangis.Di hadapan Baginda,beliau menceritakan apa yang berlaku.Nabi s.a.w. mendoakan supaya ibunya mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.
Beliau berasa sangat gembira disebabkan doa Baginda,lalu pulang ke rumah.Dengan takdir Allah s.w.t.,apabila sampai di rumah,ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapannya berkat doa Nabi s.a.w.

Indahnya Ukhwah Islamiah
Setiap orang daripada kita mempunyai ramai kawan yang menjadi penman dalam kehidupannya.Kawan di sekolah,university,tempat kerja,taman perumahan dan pelbagai lagi kawasan di sekeliling kita boleh dicari seorang insane bernama kawan.Sama ada kawan,teman,sahabat handai,rakan,kenalan dan sebagainya,kesemua ini membawa maksud yang hamper sama.

Islam sangat menggalakkan penganutnya supaya mengenali saudaranya yang lain demi membina persaudaraan yang kukuh dan didasarkan hanya kerana Allah s.w.t. Dengan mengenepikan perbezaan pangkat dan keturunan,seorang Muslim bebas dan dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan ukhuwah Islamiah yang dibina.Apa yang dicari hanyalah ketakwaan kepada Allah s.w.y. semata-mata.

Inilah nilai ukuran yang sebenar di sisi-Nya seperti yang disebutkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia,sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan wanita,lalu Kami jadikan kamu juga (terdiri daripada) keturunan dan kelompok yang banyak.Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mendalah Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujurat 49:13)

Pilihlah Sahabat dengan Bijak
Dalam hadis di atas,Rasulullah s.a.w. memberikan gambaran yang jelas kepada umatnya bahawa seorang manusia boleh mempengaruhi orang lain.Sama ada perilaku yang baik ataupun buruk,orang yang sentiasa bergaul dengannya pasti akan terikut-ikut dengan gaya hidupnya walaupun sedikit.Ini kerana dalam ilmu akhlak,peribadi manusia boleh dipengaruhi oleh banyak faktor,antaranya seperti pergaulan dengan individu di sekelilingnya.Maka,pemilihan teman akan menentukan acuan akhlak seseorang sama ada baik atau sebaliknya.
Sedia maklum,Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada manusia dalam semua lapangan hidup mereka.Dalam hadis ini lagi,Baginda memerintahkan umatnya supaya meneliti dan memerhatikan  individu yang dijadikan sebagai sahabat.Perlu diingat,pemerhatian ini bukanlah bertujuan supaya teman yang dicari itu perlu mempunyai satu pemikiran dan corak kehidupan yang sama dengannya.Bahkan,sifat seorang sahabat yang baik ialah membantu orang lain dalam urusan agama dan kehidupan mereka.Inilah tradisi mulia yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya.
Perkara ini telah dijelaskan menerusi sebuah contoh yang dinyatakan dalam sebuah hadis,maksudnya: “Perumpamaan seorang sahabat yang baik dan buruk adalah seperti seorang pembawa minyak wangi,sama ada dia memberikan minyak wanginya kepada kamu atau kamu terkena bauan yang wangi daripadanya.Manakala peniup besi itu,sama ada dia menyebabkan pakaianmu terbakar atau kamu mendapat bauan yang busuk daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Panduan memilih sahabat :
Sebuah ungkapan ada menyatakan : “Katakanlah kepadaku dengan siapa kamu bersahabat,nescaya aku akan memberitahu kepadamu siapakah dirimu yang sebenarnya.” Oleh sebab itu,para ulama sejak zaman berzaman telah menggariskan dua panduan umum dalam menjalinkan persahabatan iaitu:
1)Mencari seseorang yang mempunyai peribadi yang baik kerana dia akan membimbing orang lain ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t.
2)Mengelakkan daripada berkawan dengan orang yang berperilaku buruk kerana ia akan mengundang kepada pelbagai masalah dan bala.Pada hari kiamat nanti,mereka akan saling menyalahkan sesame sendiri disebabkan perbuatan buruk dan dosa yang dikerjakan bersama-sama.
Seorang muslim yang menitikberatkan masa depannya di dunia dan di akhirat akan selalu berhati-hati dan berwaspada ketika bergaul dengan orang lain.Berbeza pula dengan individu yang bebas bergaul tanpa melihat kepada peribadi seseorang,sama ada dia akan mengajak orang lain melakukan kejahatan atau dia sendiri yang akan terpengaruh dengan kejahatan yang dilakukan oleh sahabatnya itu.

Pengajaran :
1)Sentiasa berhati-hati dalam memilih sahabat.
2) Peribadi seorang manusia menggambarkan jenis individu yang menjadi temannya.
3)Persahabatan yang baik dijalinkan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Santai Hadis : Tidak kira dengan sesiapa pun yang kita berkawan,kita perlu melihat kepada latar belakangnya..adakah dia sememangnya seorang rakan yang boleh membawa kita kepada jalan yang benar atau terpesong..sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain..jangan seorang ke hulu,seorang ke hilir..dan sebaliknya lebih baik dua orang sahabat yang positif menarik seorang sahabat yang negatif ..jika misalnya seorang sahabat yang positif berkawan dengan dua orang sahabat yang negatif,tidak mustahil sahabat yang positif itu boleh menjadi negatif..jadi,renung-renungkan…moh ler muhasabah diri mika…
;)


Digg it StumbleUpon del.icio.us

0 comments:

 
Copyright 2010 Gedung Pencinta Ilmu
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint