28/03/2012 Macam Nak Berkarat je Blog GPI...


yer..macam tajuk yang korang dah baca kat atas tu..berpinar mata saya sudah..sudah...sudahhh..grrrr...memang berpinar..tak menang tangan nak handle blog ni..so..i will pas this blog to someone else..huhu..nak buat macam mana kan..dah tak leh nak handle 2 keje dalam 1 masa..hanya 1 blog je yang saya boleh handle iaitu blog saya sendiri..yepp...blog TOK ONE..grr... ;p
hurm..so..after this..someone else yang akan tologn saya handle blog ni..harap masih kekal dengan tema GPI.."Sampaikan daripadaku walaupun 1 ayat"..
ok..wa'allahua'lam..



Masih di sini :
Baca Selanjutnya - Macam Nak Berkarat je Blog GPI...
Digg it StumbleUpon del.icio.us

18/03/2012 Penjelasan Mengenai 'SALAM'...



Saya terpanggil untuk menulis entri mengenai 'SALAM' seperti tajuk entri saya di atas tuh..ada beberapa orang rakan yang bertanyakan mengenai 'SALAM'.."Zhaf,boleh ke guna salam??assalam??sebab tadi masa umi tegur sorang kawan umi ni,dia kata takleh..dia macam marah pulak kat umi..errr"..
ermm..jadi saya nak buat entri mengenai 'SALAM' ni bagi menjernihkan keadaan korang yang tengah duk hot n spicy tuh..dan men'neutralkan semula pemikiran korang yang semestinya penuh dengan tanda soal..wink-wink...start* atas kepala tuh..

Ha..ni bukan nak bercerita pasal SALAM 1 MALAYSIA ke..SALAM PERAK AMANJAYA ke..SALAM bla bla bla bla ke...tapi nih nak highlightkan pada perkataan 'ASSALAMUALAIKUM'..yang banyak pada hari ini remaja duk suka sangat guna singkatan..malas sangat rupanya ye..

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom” bermaksud “Celaka Kamu. ”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Dan ini penerangan lagi mengenai SALAM




Cuma nak menjelaskan tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau “as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?
Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.
Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.
Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24
Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..
Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..
Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..
Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sebab benda ni bukan sesuatu yg besar…
Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. contohnya lafaz-lafaz gantian assalamualaikum spt ass (punggung) dan yang lain-lain lagi..

Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”
 _________________________________________________________________________________

# Ha..korang dah dapat penjelasannya kan..so..pilihlah yang mana lebih baik ok..




 
Keikhlasan datangnya daripada hati :
Baca Selanjutnya - Penjelasan Mengenai 'SALAM'...
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Letak Islam Dalam AMALANMU!



Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kafirun yang bermaksud;"KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD):'WAHAI ORANG KAFIR!AKU TIDAK AKAN MENYEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH.DAN KAMU TIDAK MAHU MENYEMBAH (ALLAH) YANG AKU SEMBAH.DAN AKU TIDAK AKAN BERIBADAT SECARA KAMU BERIBADAT.DAN KAMU PULA TIDAK MAHU BERIBADAT SECARA AKU BERIBADAT.BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU."

Semasa Rasulullah s.a.w. giat melakukan dakwah di Makkah,kaum Quraisy yang menentang tidak henti-henti mencari jalan untuk menghapuskan pengaruh Islam yang kian hari kian berkembang.Pengaruh Rasulullah s.a.w. dianggap sebagai ancaman besar terhadap kepercayaan nenek moyang mereka.
 
Antara kerja jahat yang mereka lakukan adalah usaha mengajak Rasulullah s.a.w. bersama-sama melakukan tuntutan ibadah,iaitu jika Rasullah s.a.w. bersedia menyembah tuhan mereka,maka mereka pun akan bersedia menyembah Allah sebagaimana konsep Islam.
Allah s.w.t menurunkan surah ini untuk menjawab tawaran mereka itu.Walaupun alasan mereka kononnya untuk mencipta hubungan harmoni,namun niat mereka dengan fikiran jahiliah mereka langsung tidak boleh diterima.

TIADA TOLAK ANSUR

Surah ini secara tegas menyatakan pendirian berlepas tangan daripada perbuatan sembahan orang kafir,sekali gus mengajar umat Islam agar sentiasa ikhlas tanpa mencampuradukan dengan sesuatu niat yang lain.Ayat ini juga menolak perbuatan syirik kepada Allah s.w.t. yang menafikan konsep tauhid yang murni.

Usul kaum Musyrikin Quraisy itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w. kerana tidak mungkin Baginda menggadaikan agama dan akidah hanya demi perpaduan.Malah tidak logik boleh terjadinya penyatuan Islam dan agama lain.
Setiap agama seperti yang difahami umum adalah berbeza dari segi keyakinan,objektif dan pelaksanaan.Oleh sebab itu,surah ini diturunkan bagi memberikan hukum yang bersifat 'final' daripada Allah tentang pengharaman mengiktiraf fahanam selain daripada Islam.

CARA YANG BERBEZA

Ditegaskan juga bahawa ketika itu pemimpin Quraisy hanya berpura-pura mengajak Rasulullah s.a.w. untuk bersatu.Masyarakat sekeliling juga mengetahui dan menyedari permaina mereka,akhirnya secara berdikit-dikit memasuki Islam meninggalkan Abu Jahal,Abu Lahab dan yang sealiran dengannya.Kemuncaknya adalah sewaktu 'Pembukaan Makkah' apabila semuanya memeluk Islam.Selain itu,surah ini juga menerangkan betapa jauhnya perbezaan beribadat antara Islam dan kafir Quraisy.Ibadat Rasulullah s.a.w. dan Islam sangat konsisten dan juga pendirian serta pegangannya tetap dan tanpa sebarang perubahan.
Keadaan ini berbeza dengan golongan kafir yang tidak konsisten dalam pemujaan mereka kepada tuhan-tuhan mereka.Keyakinan dan pendirian mereka juga sering berubah-ubah.Seketika mereka menyembah batu,seketika mereka kemudian membuat sembahan daripada bukit pasir dan membawa unta yang penuh dengan susu untuk diperah di atasnya.Pegangan mereka berubah-ubah.

KELEBIHAN PADA AMALAN

Ketegasan di sini bahawa kewajipan untuk istiqamah atas prinsip yang benar adalah dengan tuntutan mengamalkan Islam tanpa mencampuradukkan dengan amalan-amalan Musyrik..

Mencoret dengan indah:
Baca Selanjutnya - Letak Islam Dalam AMALANMU!
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Andainya Rasulullah masih ada...Ingin sekali aku...


Ingin sekali aku berjalan di sampingnya...
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan : "Saya tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah dari Rasulullah s.a.w.,seolah-olah matahari beredar di wajah Baginda.Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang jalannya lebih cepat daripada Rasulullah s.a.w.,seolah-olah bumi dilipat untuk Baginda.Sungguh,kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan Baginda tidak peduli (terhadap rasa lelah kami)."
(Riwayat Tirmizi,Ahmad,Abu Syaikh dan Ibnu Sa'd)

Ali bin Abi Talib meriwayatkan : "Di sini aku mengambbarkan karakteristik fizikal Rasulullah s.a.w..:Rasulullah s.a.w. berjalan dengan mengangkat kaki,seakan-akan beliau sedang menuruni tananh yang landai."
(Riwayat Tirmizi,Ibnu Sa'd dan Baihaqi)



Indah kata dari:
Baca Selanjutnya - Andainya Rasulullah masih ada...Ingin sekali aku...
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Show Your Love with Sincerity



Di suatu sudut di kaki lima sebuah kedai,seorang perempuan tua sedang berteleku sambil tangannya tergigil-gigil memegang sebuku roti.Sedikit-dikit dikunyahnya roti yang telah berkulat itu.Di hadapannya,tidak jauh dari situ,seekor ibu kucing sedang berbaring sambil di perutnya tiga ekor anaknya sedang berebut menyusu.

Perempuan tua itu hanya memerhati gerak laku kucing-kucing di hadapannya dengan senyuman.Apa rahsia senyumannya itu?Sedangkan tadi baru sahaja dijerkah oleh anak perempuannya yang sedang bekerja sebagai pelayan restoran tidak jauh dari situ.Adakah sudah 'hilang' perasaan sebagai ibu yang perlukan kasih sayang seorang anak?

Ingatlah,walaupun sekiranya jahat seorang ibu itu,namun sebagai ibu,dia perlu juga perhatian...sekurang-kurangnya tidak dibenci pun sudah memadai.Bagi kita yang masih berakal cergas,gunakanlah akal yang waras bagaimana untuk menangani ibu yang dokononkannya jahat itu.

Dalam riwayat al-Hakim,daripada Jahimah al-Sulami,beliau datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata ; "Wahai Rasulullah,saya ingin berperang dan saya datang untuk berbincang."
Rasulullah s.a.w. bertanya; "Adakah kamu mempunyai ibu?"Beliau menjawab,"Ya".
Rasulullah s.a.w. bersabda;"Dampingilah dia,sesungguhnya syurga terletak di kedua kakinya."


Baca Selanjutnya - Show Your Love with Sincerity
Digg it StumbleUpon del.icio.us

17/03/2012 Tunjukkanlah Kami Kebenaran..


Ya Allah,Tunjukkanlah Hati-hati Kami Kepada Jalan Ketaatan Kepada-MU..

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah berkata baik atau diam.Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah menghormati jiran tetangganya.Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah menghormati tetamunya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Baca Selanjutnya - Tunjukkanlah Kami Kebenaran..
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Bukan Sekadar Gedung Biasa

Salam Alaik..

Selamat datang,salam perkenalan dalam dunia blogger.Blog ini diwujudkan bagi berkongsikan ilmu pengetahuan yang sedia ada kepada sahabat blogger sekalian juga kepada pecinta ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi..insyAllah,gedung ini akan memberikan manfaat yang amat berguna kepada kamu..Syukran.
Baca Selanjutnya - Bukan Sekadar Gedung Biasa
Digg it StumbleUpon del.icio.us
 
Copyright 2010 Gedung Pencinta Ilmu
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint