13/04/2012 Alkohol Halal..?





Artikel ini saya ingin kongsikan kepada pembaca kerana saya yakin masih ramai yang keliru dengan istilah arak dengan alkohol..

"Macam mana produk yang ada alkohol boleh dapat sijil halal ni?"marah sahabat saya itu."Kamu makan tapai?"saya bertanya."Mestilah makan,favourite tu."
"Dalam tapai ada alkohol.Kajian MARDI mendapati kadar alkohol dalam tapai 1.1% hingga 2.8%.Bir yang mat salih minum tu,kadar minimum 3%.Macam mana?Tapai dengan bir lebih kurang saja,"saya sengaja menduga.

Apabila bersabit dengan alkohol bukan sedikit daripada kalangan masyarakat yang tidak faham dan keliru.Ini kerana alkohol dan arak tidak boleh dipisahkan.Bagai aur dengan tebing,bagai isi dengan kuku.Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Maidah ayat 90,"Wahai orang-orang yang beriman!Sesungguhnya (meminum) arak,berjudi, (berkorban untuk) berhala,mengundi nasib dengan panah adalah termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Pengharaman arak adalah sangat jelas bahkan sangat banyak nas mengenainya.Bukan saja haram malah ia disepakati sebagai najis [Al-Nawawi;al-Majmu' dan Wahbah az-Zuhaili;al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh]
Para fuqaha banyak membahaskan mengenai alkohol dengan perbahasan sangat panjang.Justeru membicarakannya secara mendalam dalam ruangan ini adalah sangat terhad.Asasnya,setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol mengandungi arak.Adalah lebih baik kita sama-sama merujuk dan meneliti fatwa yang telah dikeluarkan sebagai satu panduan penyelesaian.

Keputusan Fatwa Berkenaan Alkohol

Berdasarkan taklimat,pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal,Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan,minuman,pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut;

1) Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol.Walau bagaimanapun bukan semua alkohol adalah arak.Alkohol yang diperoleh daripada pembuatan arak,hukumnya haram dan najis.

2)Alkohol yang diperoleh bukan daripada hasil pembuatan arak hukumnya tidak najis,tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3)Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mengandungi alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus (boleh) diminum.

4)Minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti pross membuat arak,sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5)Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan,kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) domakan/diminum.

6)Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa tau pewarna yang mengandungi alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memakbukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7)Ubat-ubatan dan pewangi yang megandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Sumber:Majalah Q&A 

Digg it StumbleUpon del.icio.us

0 comments:

 
Copyright 2010 Gedung Pencinta Ilmu
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint