15/04/2012 Petikan Mutiara Hadis Hari Ini




Yahya bin Bakir telah menyampaikan kepada kami katanya: Ilias telah menyampaikan telah mnyampaikan kepada kami dpd Akil dpd Ibn Shihab dpd Arwah bin Zaid drpd Aishah UM katanya: Pertama kali diturunkan wahyu kpd Rasulullah  dengan mimpi yg benar didlm tidurnya. Ia tidak bermimpi melainkan datang kpdnya spt cahaya subuh. Berikutan dengan itu ia suka membersihkan jiwa dan hati dan ia berasing diri di gua Hira'. maka disitu ia beribadat dgn agama hanifah, ia beribadat beberapa hari dan malam sebelum ia pulang kpd ahlinya. Kemudian ia disediakan makanan untuknya, kemudian kembali lagi kepada Khadijah,lalu disediakan pula makanan seumpamanya hingga datang kpdnya wahyu sedangkan ia dalam gua Hira'. (AlBukhori:sohih)



~Tangan menutur makna di sebalik kata:~


Baca Selanjutnya - Petikan Mutiara Hadis Hari Ini
Digg it StumbleUpon del.icio.us

14/04/2012 Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.




WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.




Jom muhasabh diri



Baca Selanjutnya - Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

JASAD BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL TAK DITERIMA BUMI!!




Baru je tadi duk belek-belek...ha,jumpa satu artikel nih..dalam kolum santai ni,saya nak share mengenai nasib bekas pemimpin ISRAEL yang kini dikatakan koma tapi umpama mayat hidup..

Jom survey kekejaman yang dilakukan oleh pemimpin yang zalim ni selama dia memerintah negara haram ISRAEL di bumi Palestin..sehingga kan bumi pun tak nak terima..

Sharon Pemimpin zalim!
1. Bayangkan Sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.

2. Bayangkan seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.

3. Bayangkan sekumpulan keluarga, disuruh beratur depan rumah, dan ditembak.

4. Bayangkan wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita 

dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.

dan semua mangsa itu adalah umat Islam Palestin yg ditindas Ariel Sharon.

Lihatlah betapa zalimnya yahudi

Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. 

Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata 

yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana 

kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana 

sikap binatang Ariel Sharon. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun 

koma. Sehinggakan…….

Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk 

menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang 

mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan 

kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja.

 Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 

tahun. Wallahualam..


Santai bersama :
ADMIN

Baca Selanjutnya - JASAD BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL TAK DITERIMA BUMI!!
Digg it StumbleUpon del.icio.us

13/04/2012 We Care...Give Advice




Salam Jumaat semua..jom baca tazkirah saya hari ini..

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)


Baca Selanjutnya - We Care...Give Advice
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Kenali sahabatmu..





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. telah ebrsabda,maksudnya : ‘Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya.Maka,salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat.”
(Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)


Kisah Abu Hurairah
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan bahawa Abu Hurairah mempunyai seorang ibu yang masih kafir.Beliau sentiasa berusaha mengajaknya untuk memeluk Islam.Suatu hari,ketika sedang berdakwah kepada ibunya tentang Islam,si ibu menyebutkan suatu perkataan yang tidak elok tentang Rasulullah s.a.w. Beliau berasa tersinggung lalu keluar bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan menangis.Di hadapan Baginda,beliau menceritakan apa yang berlaku.Nabi s.a.w. mendoakan supaya ibunya mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.
Beliau berasa sangat gembira disebabkan doa Baginda,lalu pulang ke rumah.Dengan takdir Allah s.w.t.,apabila sampai di rumah,ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapannya berkat doa Nabi s.a.w.

Indahnya Ukhwah Islamiah
Setiap orang daripada kita mempunyai ramai kawan yang menjadi penman dalam kehidupannya.Kawan di sekolah,university,tempat kerja,taman perumahan dan pelbagai lagi kawasan di sekeliling kita boleh dicari seorang insane bernama kawan.Sama ada kawan,teman,sahabat handai,rakan,kenalan dan sebagainya,kesemua ini membawa maksud yang hamper sama.

Islam sangat menggalakkan penganutnya supaya mengenali saudaranya yang lain demi membina persaudaraan yang kukuh dan didasarkan hanya kerana Allah s.w.t. Dengan mengenepikan perbezaan pangkat dan keturunan,seorang Muslim bebas dan dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan ukhuwah Islamiah yang dibina.Apa yang dicari hanyalah ketakwaan kepada Allah s.w.y. semata-mata.

Inilah nilai ukuran yang sebenar di sisi-Nya seperti yang disebutkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia,sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan wanita,lalu Kami jadikan kamu juga (terdiri daripada) keturunan dan kelompok yang banyak.Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mendalah Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujurat 49:13)

Pilihlah Sahabat dengan Bijak
Dalam hadis di atas,Rasulullah s.a.w. memberikan gambaran yang jelas kepada umatnya bahawa seorang manusia boleh mempengaruhi orang lain.Sama ada perilaku yang baik ataupun buruk,orang yang sentiasa bergaul dengannya pasti akan terikut-ikut dengan gaya hidupnya walaupun sedikit.Ini kerana dalam ilmu akhlak,peribadi manusia boleh dipengaruhi oleh banyak faktor,antaranya seperti pergaulan dengan individu di sekelilingnya.Maka,pemilihan teman akan menentukan acuan akhlak seseorang sama ada baik atau sebaliknya.
Sedia maklum,Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada manusia dalam semua lapangan hidup mereka.Dalam hadis ini lagi,Baginda memerintahkan umatnya supaya meneliti dan memerhatikan  individu yang dijadikan sebagai sahabat.Perlu diingat,pemerhatian ini bukanlah bertujuan supaya teman yang dicari itu perlu mempunyai satu pemikiran dan corak kehidupan yang sama dengannya.Bahkan,sifat seorang sahabat yang baik ialah membantu orang lain dalam urusan agama dan kehidupan mereka.Inilah tradisi mulia yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya.
Perkara ini telah dijelaskan menerusi sebuah contoh yang dinyatakan dalam sebuah hadis,maksudnya: “Perumpamaan seorang sahabat yang baik dan buruk adalah seperti seorang pembawa minyak wangi,sama ada dia memberikan minyak wanginya kepada kamu atau kamu terkena bauan yang wangi daripadanya.Manakala peniup besi itu,sama ada dia menyebabkan pakaianmu terbakar atau kamu mendapat bauan yang busuk daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Panduan memilih sahabat :
Sebuah ungkapan ada menyatakan : “Katakanlah kepadaku dengan siapa kamu bersahabat,nescaya aku akan memberitahu kepadamu siapakah dirimu yang sebenarnya.” Oleh sebab itu,para ulama sejak zaman berzaman telah menggariskan dua panduan umum dalam menjalinkan persahabatan iaitu:
1)Mencari seseorang yang mempunyai peribadi yang baik kerana dia akan membimbing orang lain ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t.
2)Mengelakkan daripada berkawan dengan orang yang berperilaku buruk kerana ia akan mengundang kepada pelbagai masalah dan bala.Pada hari kiamat nanti,mereka akan saling menyalahkan sesame sendiri disebabkan perbuatan buruk dan dosa yang dikerjakan bersama-sama.
Seorang muslim yang menitikberatkan masa depannya di dunia dan di akhirat akan selalu berhati-hati dan berwaspada ketika bergaul dengan orang lain.Berbeza pula dengan individu yang bebas bergaul tanpa melihat kepada peribadi seseorang,sama ada dia akan mengajak orang lain melakukan kejahatan atau dia sendiri yang akan terpengaruh dengan kejahatan yang dilakukan oleh sahabatnya itu.

Pengajaran :
1)Sentiasa berhati-hati dalam memilih sahabat.
2) Peribadi seorang manusia menggambarkan jenis individu yang menjadi temannya.
3)Persahabatan yang baik dijalinkan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Santai Hadis : Tidak kira dengan sesiapa pun yang kita berkawan,kita perlu melihat kepada latar belakangnya..adakah dia sememangnya seorang rakan yang boleh membawa kita kepada jalan yang benar atau terpesong..sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain..jangan seorang ke hulu,seorang ke hilir..dan sebaliknya lebih baik dua orang sahabat yang positif menarik seorang sahabat yang negatif ..jika misalnya seorang sahabat yang positif berkawan dengan dua orang sahabat yang negatif,tidak mustahil sahabat yang positif itu boleh menjadi negatif..jadi,renung-renungkan…moh ler muhasabah diri mika…
;)


Baca Selanjutnya - Kenali sahabatmu..
Digg it StumbleUpon del.icio.us
 
Copyright 2010 Gedung Pencinta Ilmu
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint