15/04/2012 Petikan Mutiara Hadis Hari Ini




Yahya bin Bakir telah menyampaikan kepada kami katanya: Ilias telah menyampaikan telah mnyampaikan kepada kami dpd Akil dpd Ibn Shihab dpd Arwah bin Zaid drpd Aishah UM katanya: Pertama kali diturunkan wahyu kpd Rasulullah  dengan mimpi yg benar didlm tidurnya. Ia tidak bermimpi melainkan datang kpdnya spt cahaya subuh. Berikutan dengan itu ia suka membersihkan jiwa dan hati dan ia berasing diri di gua Hira'. maka disitu ia beribadat dgn agama hanifah, ia beribadat beberapa hari dan malam sebelum ia pulang kpd ahlinya. Kemudian ia disediakan makanan untuknya, kemudian kembali lagi kepada Khadijah,lalu disediakan pula makanan seumpamanya hingga datang kpdnya wahyu sedangkan ia dalam gua Hira'. (AlBukhori:sohih)



~Tangan menutur makna di sebalik kata:~


Baca Selanjutnya - Petikan Mutiara Hadis Hari Ini
Digg it StumbleUpon del.icio.us

14/04/2012 Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.




WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W.kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR Itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.




Jom muhasabh diri



Baca Selanjutnya - Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.
Digg it StumbleUpon del.icio.us

JASAD BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL TAK DITERIMA BUMI!!




Baru je tadi duk belek-belek...ha,jumpa satu artikel nih..dalam kolum santai ni,saya nak share mengenai nasib bekas pemimpin ISRAEL yang kini dikatakan koma tapi umpama mayat hidup..

Jom survey kekejaman yang dilakukan oleh pemimpin yang zalim ni selama dia memerintah negara haram ISRAEL di bumi Palestin..sehingga kan bumi pun tak nak terima..

Sharon Pemimpin zalim!
1. Bayangkan Sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.

2. Bayangkan seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.

3. Bayangkan sekumpulan keluarga, disuruh beratur depan rumah, dan ditembak.

4. Bayangkan wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita 

dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.

dan semua mangsa itu adalah umat Islam Palestin yg ditindas Ariel Sharon.

Lihatlah betapa zalimnya yahudi

Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. 

Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata 

yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana 

kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana 

sikap binatang Ariel Sharon. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun 

koma. Sehinggakan…….

Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk 

menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang 

mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan 

kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja.

 Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 

tahun. Wallahualam..


Santai bersama :
ADMIN

Baca Selanjutnya - JASAD BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL TAK DITERIMA BUMI!!
Digg it StumbleUpon del.icio.us

13/04/2012 We Care...Give Advice




Salam Jumaat semua..jom baca tazkirah saya hari ini..

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)


Baca Selanjutnya - We Care...Give Advice
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Kenali sahabatmu..





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. telah ebrsabda,maksudnya : ‘Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya.Maka,salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat.”
(Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)


Kisah Abu Hurairah
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan bahawa Abu Hurairah mempunyai seorang ibu yang masih kafir.Beliau sentiasa berusaha mengajaknya untuk memeluk Islam.Suatu hari,ketika sedang berdakwah kepada ibunya tentang Islam,si ibu menyebutkan suatu perkataan yang tidak elok tentang Rasulullah s.a.w. Beliau berasa tersinggung lalu keluar bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan menangis.Di hadapan Baginda,beliau menceritakan apa yang berlaku.Nabi s.a.w. mendoakan supaya ibunya mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.
Beliau berasa sangat gembira disebabkan doa Baginda,lalu pulang ke rumah.Dengan takdir Allah s.w.t.,apabila sampai di rumah,ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapannya berkat doa Nabi s.a.w.

Indahnya Ukhwah Islamiah
Setiap orang daripada kita mempunyai ramai kawan yang menjadi penman dalam kehidupannya.Kawan di sekolah,university,tempat kerja,taman perumahan dan pelbagai lagi kawasan di sekeliling kita boleh dicari seorang insane bernama kawan.Sama ada kawan,teman,sahabat handai,rakan,kenalan dan sebagainya,kesemua ini membawa maksud yang hamper sama.

Islam sangat menggalakkan penganutnya supaya mengenali saudaranya yang lain demi membina persaudaraan yang kukuh dan didasarkan hanya kerana Allah s.w.t. Dengan mengenepikan perbezaan pangkat dan keturunan,seorang Muslim bebas dan dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan ukhuwah Islamiah yang dibina.Apa yang dicari hanyalah ketakwaan kepada Allah s.w.y. semata-mata.

Inilah nilai ukuran yang sebenar di sisi-Nya seperti yang disebutkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia,sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan wanita,lalu Kami jadikan kamu juga (terdiri daripada) keturunan dan kelompok yang banyak.Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mendalah Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujurat 49:13)

Pilihlah Sahabat dengan Bijak
Dalam hadis di atas,Rasulullah s.a.w. memberikan gambaran yang jelas kepada umatnya bahawa seorang manusia boleh mempengaruhi orang lain.Sama ada perilaku yang baik ataupun buruk,orang yang sentiasa bergaul dengannya pasti akan terikut-ikut dengan gaya hidupnya walaupun sedikit.Ini kerana dalam ilmu akhlak,peribadi manusia boleh dipengaruhi oleh banyak faktor,antaranya seperti pergaulan dengan individu di sekelilingnya.Maka,pemilihan teman akan menentukan acuan akhlak seseorang sama ada baik atau sebaliknya.
Sedia maklum,Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada manusia dalam semua lapangan hidup mereka.Dalam hadis ini lagi,Baginda memerintahkan umatnya supaya meneliti dan memerhatikan  individu yang dijadikan sebagai sahabat.Perlu diingat,pemerhatian ini bukanlah bertujuan supaya teman yang dicari itu perlu mempunyai satu pemikiran dan corak kehidupan yang sama dengannya.Bahkan,sifat seorang sahabat yang baik ialah membantu orang lain dalam urusan agama dan kehidupan mereka.Inilah tradisi mulia yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya.
Perkara ini telah dijelaskan menerusi sebuah contoh yang dinyatakan dalam sebuah hadis,maksudnya: “Perumpamaan seorang sahabat yang baik dan buruk adalah seperti seorang pembawa minyak wangi,sama ada dia memberikan minyak wanginya kepada kamu atau kamu terkena bauan yang wangi daripadanya.Manakala peniup besi itu,sama ada dia menyebabkan pakaianmu terbakar atau kamu mendapat bauan yang busuk daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Panduan memilih sahabat :
Sebuah ungkapan ada menyatakan : “Katakanlah kepadaku dengan siapa kamu bersahabat,nescaya aku akan memberitahu kepadamu siapakah dirimu yang sebenarnya.” Oleh sebab itu,para ulama sejak zaman berzaman telah menggariskan dua panduan umum dalam menjalinkan persahabatan iaitu:
1)Mencari seseorang yang mempunyai peribadi yang baik kerana dia akan membimbing orang lain ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t.
2)Mengelakkan daripada berkawan dengan orang yang berperilaku buruk kerana ia akan mengundang kepada pelbagai masalah dan bala.Pada hari kiamat nanti,mereka akan saling menyalahkan sesame sendiri disebabkan perbuatan buruk dan dosa yang dikerjakan bersama-sama.
Seorang muslim yang menitikberatkan masa depannya di dunia dan di akhirat akan selalu berhati-hati dan berwaspada ketika bergaul dengan orang lain.Berbeza pula dengan individu yang bebas bergaul tanpa melihat kepada peribadi seseorang,sama ada dia akan mengajak orang lain melakukan kejahatan atau dia sendiri yang akan terpengaruh dengan kejahatan yang dilakukan oleh sahabatnya itu.

Pengajaran :
1)Sentiasa berhati-hati dalam memilih sahabat.
2) Peribadi seorang manusia menggambarkan jenis individu yang menjadi temannya.
3)Persahabatan yang baik dijalinkan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Santai Hadis : Tidak kira dengan sesiapa pun yang kita berkawan,kita perlu melihat kepada latar belakangnya..adakah dia sememangnya seorang rakan yang boleh membawa kita kepada jalan yang benar atau terpesong..sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain..jangan seorang ke hulu,seorang ke hilir..dan sebaliknya lebih baik dua orang sahabat yang positif menarik seorang sahabat yang negatif ..jika misalnya seorang sahabat yang positif berkawan dengan dua orang sahabat yang negatif,tidak mustahil sahabat yang positif itu boleh menjadi negatif..jadi,renung-renungkan…moh ler muhasabah diri mika…
;)


Baca Selanjutnya - Kenali sahabatmu..
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Seruan Dai'e




Kami daie muda
Ingin menjadi generasi al-Quran
Yang benar-benar terdidik
Untuk membimbing ummah!

Al-Quran itu pegangan kami
Sunnah Rasulullah ikutan kami
Semoga Allah berkati perjuangan kami
Moga cemerlang di akhirat nanti.

Siapakah diantara kamu yang menyahut seruan ini??
Mari bersama-sama...!
Baca Selanjutnya - Seruan Dai'e
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Senandung Air Mata..




Aku dikejutkan pada tengah malam,
oleh seekor merpati,
di dahanan itu ia melagu sayu
sedang aku masih kelenaaan.

Demi Tuhan Kaabah aku berdusta,
kalau benar aku merindu
mana mungkin tangisan merpati
dapat mendahuluiku.

aku menyangka akulah pencinta,
yang paling sedih menderita
kepada Tuhan aku tidak menangis,
sedang binatang sentiasa dalam tangisan.

(Petikan kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali Rahimahullah.)


Baca Selanjutnya - Senandung Air Mata..
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Kasihi Kucing..




Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. 

KucingNabi Muhammad bernama Mueeza.

Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan ditaruh di 

atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu mengeong 

ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di 

atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya 

tidak membangunkan Muezza.

Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai

 balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. 

Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu 

menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang

 yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu 

Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu 

‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, 

tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah 

selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti

 sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk 

perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa 

budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah,

 tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor 

kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan 

kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah 

memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah 

melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-

Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing

 adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan

 menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap 

haiwan. Sekian

Bicara Dai'e : Kadang-kadang saya hairan,kenapa masih ada segelintir dalam kalangan masyarakat kita yang gemar mendera binatang seperti kucing ini..sedangkan mereka cuma sekadar binatang yang tidak mempunyai akal seperti manusia..manusia itu boleh berfikir jauh lebih baik berbanding binatang jadi kenapa perlu kita berfikiran seperti binatang??sudah hilangkah ehsan kita terhadap binatang??atau sudah lupakah kita terhadap pelajaran semasa di bangku sekolah dahulu mengenai pendidikan agama Islam yang mengajar kita supaya berbuat ehsan terhadap binatang??....erm..nampaknya seperti kebanyakan dalam anggota masyarakat kita yang sudah lupa mengenai pendidikan semasa di bangku sekolah dahulu..bukan setakat di bangku sekolah saja,,tapi sudah lupa untuk berfikiran waras..

~Kisah Para Anbia..~
Baca Selanjutnya - Kasihi Kucing..
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Fenomena Halo di Alor Star




ALOR SETAR – Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.
Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.
“Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 hingga 18,000 meter di atas paras tanah,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.
Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.
Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.
Menurut kenyataan itu lagi orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.
“Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja,” katanya.
Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).- Bernama

~Subhanallah,alhamdulilah..wala'illah,ha'illallah..allahuakbarr!!!~
segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..

Baca Selanjutnya - Fenomena Halo di Alor Star
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Allah S.W.T memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup..


Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup
Ibu berkata...' , * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.
'Panggilan pertama adalah* **Azan*', ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar.
Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah.
Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.


Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas.
Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.


Saya terpekur.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,
Panggilan yang kedua adalah Panggilan* Umrah/Haji*

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain.
Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulill ah...

'Dan panggilan ke-3', 'adalah *KEMATIAN*.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita.
Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ...'

*Huraisy*

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah Saw bersabda:
*Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak
ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang.'
Pertama, orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.' (Durratun Nasihin I, hal. 129)

Salam Jumaat kepada pembaca yang menziarahi laman ini di saat dan ketika ini..Terima Kasih..

Baca Selanjutnya - Allah S.W.T memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup..
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Hulurkan Bantuan,Ringankan Beban..

~FOTO EHSAN DARIPADA FB AL-QURAN DIGITAL & RED PEN~


BERITA: Ada seorang wanita, ingin beli Al Quran Digital beberapa hari lepas. Dia call pihak

 kami - En Hakim.

Dialognya:

Akak : Saya nak beli Quran Digital, boleh hantar ke hospital tak?

En Hakim : Minta maaf kak. Kami jual based on online. Akak boleh tranfer melalui atm 

tranfer, CDM, atau online banking.

Akak: Sorry lah dik! Akak terpaksa jaga anak akak 24 jam sebab dia OKU.

En Hakim: Ermmmm...(BLUR)

Petangnya En Hakim Call semula. En Hakim nak hadiahkan Al Quran Digital kepada akak 

tersebut. Beliau juga mengumpul derma dari sahabat-sahabat usahawan internet.

Ikuti selanjutnya post dari En Hakim di bawah:

Alhamdulilah sy sudah menunaikan amanah tuan2 semua. Nilai kutipan+alquran digital = RM540

Sedikit sejarah, adik shikin dilahirkan normal, tetapi pd umur dia 7 hari kena demam panas,

 terus sarafnya rosak. Dia sekarang berumur 3 tahun, sudah 40 kali menjalani pembedahan,

 tak boleh makan, tak boleh nangis, dan matanya tidak nampak. Sebab banyak sarafnya 

sudah rosak. Dalam kepalanya penuh dgn tiub2 yg ditanam. Dia juga selalu kena sawan.

Marilah kita bersyukur dgn nikmat allah, walaupun kita kadang2 meniaga turun naik, kerja

 tak seronok. Ada lagi insan yg kurang bernasib baik.

Ayahnya hanya seorang despatch, ibunya terpaksa berhenti kerja demi menjaga anak kecil 

ini. Biasanya kita hanya lihat di dada2 akhbar, kisah begini. Hari ini sy bawak kan anda 

secara life.

Semoga derma tuan2 semua akan diterima utk saham akhirat kelak. Insya allah....

Semoga derma tuan2 semua akan diterima utk saham akhirat kelak. Insya allah....

# Ini number Maybank ibunya 112102087656 - Syarifah Salwa

# Ini number phone ibunya : 012 2828312

Semoga hari jumaat kita beroleh berkat.

p/s: tiada wang ringgit kalau dapat SHARE post ni pun dah cukup.
Baca Selanjutnya - Hulurkan Bantuan,Ringankan Beban..
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Sebab Suami Benci Isteri



Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk 

renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang 

putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 

yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas 

cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak

 yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat

 suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....

By: Ustaz Nasir
Baca Selanjutnya - Sebab Suami Benci Isteri
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Malam Pesta Kisah Pengantin Wanita



Bismillahirr Rahmanirr Rahim ...

Kisah nyata yang diceritakan oleh Syaikh Abdul Muhsin Al Ahmad ini terjadi di Abha, ibu 

kota Provinsi Asir Arab Saudi.

“Setelah melaksanakan shalat Maghrib dia berhias, menggunakan gaun pengantin putih yang 

indah, mempersiapkan diri untuk pesta pernikahannya. Lalu dia mendengar azan Isya, dan

 dia sadar kalau wudhunya telah batal.

Dia berkata pada ibunya : “Bu, saya mau berwudhu dan shalat Isya.”

Ibunya terkejut : “Apa kamu sudah gila? Tamu telah menunggumu untuk melihatmu, 

bagaimana dengan make-up mu? Semuanya akan terbasuh oleh air.”

Lalu ibunya menambahkan : “Aku ibumu, dan ibu katakan jangan shalat sekarang! Demi 

Allah, jika kamu berwudhu sekarang, ibu akan marah kepadamu”

Anaknya menjawab : “Demi Allah, saya tidak akan pergi dari ruangan ini, hingga saya 

shalat. Ibu, ibu harus tahu “bahwa tidak ada kepatuhan kepada makhluk dalam kemaksiatan

 kepada Pencipta”!!

Ibunya berkata : “ Apa yang akan dikatakan tamu-tamu kita tentang mu, ketika kamu tampil

 dalam pesta pernikahanmu tanpa make-up?? Kamu tidak akan terlihat cantik dimata 

mereka! dan mereka akan mengolok-olok dirimu !

Anak nya berkata dengan tersenyum : “Apakah ibu takut karena saya tidak akan terrlihat 

cantik di mata makhluk? Bagaimana dengan Penciptaku? Yang saya takuti adalah jika 

dengan sebab kehilangan shalat, saya tidak akan tampak cantik dimata-Nya”.

Lalu dia berwudhu, dan seluruh make-up nya terbasuh. Tapi dia tidak merasa bermasalah

 dengan itu.

Lalu dia memulai shalatnya. Dan pada saat itu dia bersujud, dia tidak menyadari itu, bahwa 

itu akan menjadi sujud terakhirnya.

Pengantin wanita itu wafat dengan cara yang indah, bersujud di hadapan Pencipta-Nya.

Ya, ia wafat dalam keadaan bersujud. Betapa akhir yang luar biasa bagi seorang muslimah

 yang teguh untuk mematuhi Tuhannya!

Banyak orang tersentuh mendengarkan kisah ini. Ia telah menjadikan Allah dan ketaatan 

kepada-Nya sebagai prioritas pertama.

--- SubhanAllah...---

Baca Selanjutnya - Malam Pesta Kisah Pengantin Wanita
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Alkohol Halal..?





Artikel ini saya ingin kongsikan kepada pembaca kerana saya yakin masih ramai yang keliru dengan istilah arak dengan alkohol..

"Macam mana produk yang ada alkohol boleh dapat sijil halal ni?"marah sahabat saya itu."Kamu makan tapai?"saya bertanya."Mestilah makan,favourite tu."
"Dalam tapai ada alkohol.Kajian MARDI mendapati kadar alkohol dalam tapai 1.1% hingga 2.8%.Bir yang mat salih minum tu,kadar minimum 3%.Macam mana?Tapai dengan bir lebih kurang saja,"saya sengaja menduga.

Apabila bersabit dengan alkohol bukan sedikit daripada kalangan masyarakat yang tidak faham dan keliru.Ini kerana alkohol dan arak tidak boleh dipisahkan.Bagai aur dengan tebing,bagai isi dengan kuku.Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Maidah ayat 90,"Wahai orang-orang yang beriman!Sesungguhnya (meminum) arak,berjudi, (berkorban untuk) berhala,mengundi nasib dengan panah adalah termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Pengharaman arak adalah sangat jelas bahkan sangat banyak nas mengenainya.Bukan saja haram malah ia disepakati sebagai najis [Al-Nawawi;al-Majmu' dan Wahbah az-Zuhaili;al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh]
Para fuqaha banyak membahaskan mengenai alkohol dengan perbahasan sangat panjang.Justeru membicarakannya secara mendalam dalam ruangan ini adalah sangat terhad.Asasnya,setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol mengandungi arak.Adalah lebih baik kita sama-sama merujuk dan meneliti fatwa yang telah dikeluarkan sebagai satu panduan penyelesaian.

Keputusan Fatwa Berkenaan Alkohol

Berdasarkan taklimat,pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal,Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan,minuman,pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut;

1) Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol.Walau bagaimanapun bukan semua alkohol adalah arak.Alkohol yang diperoleh daripada pembuatan arak,hukumnya haram dan najis.

2)Alkohol yang diperoleh bukan daripada hasil pembuatan arak hukumnya tidak najis,tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3)Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mengandungi alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus (boleh) diminum.

4)Minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti pross membuat arak,sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5)Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan,kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) domakan/diminum.

6)Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa tau pewarna yang mengandungi alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memakbukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7)Ubat-ubatan dan pewangi yang megandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Sumber:Majalah Q&A 

Baca Selanjutnya - Alkohol Halal..?
Digg it StumbleUpon del.icio.us

Pesanan Khusus Untuk Wanita..



Enam pesanan khusus untuk wanita..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang 
haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com

Baca Selanjutnya - Pesanan Khusus Untuk Wanita..
Digg it StumbleUpon del.icio.us
 
Copyright 2010 Gedung Pencinta Ilmu
Carbon 12 Blogger template by Blogger Bits. Supported by Bloggermint